Saturday, August 1, 2009

Latar Belakang Permata Subis

Kalau kita mendekati mereka dengan maruah, mereka akan menghormati kita. Kalau kita bertanggungjawab kepada ibu bapa dan baik hati kepada anak-anak, mereka akan menjadi taat. Kalau kita ransangkan yang baik dan beri arahan kepada yang tidak cekap, mereka akan mendapat galakan.

Kung Fu Tze
Salah satu daripada pelaburan terbijak yang boleh kita buat ialah melabur dalam pembangunan sumber manusia. Inilah antara lain fokus utama kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Tuntasnya, dalam tempoh RMK-9, kejayaan Misi Nasional dan seterusnya Wawasan 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dihasilkan oleh sistem Pendidikan Kebangsaan. Menyedari kepentingan ini, maka anyaman dan garapan idea yang mantap daripada Cik Magdeline Nor (guru bimbingan dan kaunseling SMK Subis) sehingga tertubuhnya Permata Subis. Beliau beranggapan bahawa dengan adanya bekas pelajar SMK Subis yang dikumpulkan di dalam satu bumbung "PERMATA SUBIS" ini, dapat memberikan suntikan motivasi kepada semua pelajar kerana mereka semua layak menjadi permata subis.

Permata Subis adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SMK Subis yang telah berjaya menempatkan diri di menara gading ataupun yang sudah berjaya masuk ke alam perkerjaan. Di samping itu, Permata Subis juga menjadi wadah kepada perkongsian pengalaman seterusnya ilmu yang amat berguna kepada semua pelajar SMK Subis yang masih di bangku sekolah.

Program pertama yang telah diadakan pada 19-6-2009 telah pun berjaya dilaksanakan dengan hasil bantuan 21 orang fasilitator yang rata-ratanya terdiri daripada bekas pelajar SMK Subis yang sekarang sedang menuntut di IPTA tempatan. Seramai 60 orang pelajar SMK Subis telah mengikuti Kem Motivasi Sehari Bersama Permata Subis dimana kesemua pelajar tersebut bakal mengambil PMR dan SPM. 30 daripadanya adalah pelajar tingkatan 3 dan selebihnya pelajar tingkatan 5.

Oleh itu, kami selaku Jawatankuasa organisasi ini amat mengalu-alukan semua bekas pelajar SMK Subis yang kini sedang menuntut di IPTA atau IPTS yang ada di negara ini untuk menyertai kami dengan mendaftar sebagai ahli Permata Subis.


Sekian, terima kasih.

9 comments:

  1. congratulation for new born "permatasubis"

    ~sendRa kAwi~

    ReplyDelete
  2. need more register permata smk subis!!

    ReplyDelete
  3. thanks for supporting permatasubis!

    ReplyDelete
  4. amat manah utai gaga kitak tok... nama aku laun amat ga tetemu ka utai tok ga...

    ReplyDelete
  5. wah...hebat semakin matang SMK subis skrg ni..tahniah atas smua org yg tlh myumbangkn blog ni..gd effort..tahniah....

    ReplyDelete
  6. WOw.. I like this blog. SMK Subis is really upgradable.. Big congratulations to Permat Subis!!!

    ReplyDelete
  7. gud job subis..hrp subis semakin maju..

    ReplyDelete
  8. elize LaVeEn..289..March 27, 2010 at 12:34 PM

    congrats subis...sy x subis lst year (09) 5cngih...hehe..helllooo to ol subis teacher's...cgu marcus,cgu magdeline,miss Lau,n sume lh..hi sume...!!!!

    ReplyDelete
  9. halu..where everyone

    ReplyDelete